Assalamualaikum wbt

Salam PERDASAMA,

Sehingga hari ini, PERDASAMA sudah melewati usia 20 tahun. Sepanjang penubuhannya, PERDASAMA sentiasa konsisten dengan perancangan dan khidmat baktinya dalam membantu masyarakat pedagang dan pengusaha Melayu di Malaysia.

Pada jangka masa 20 tahun dan 16 buah cawangan berjaya di buka dengan menjadikan PERDASAMA wujud di setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan, membuatkan kami semakin kukuh dan utuh sebagai sebuah persatuan ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan setiap aktiviti dan program.

Di samping itu, PERDASAMA juga aktif dengan pelbagai program ‘business matching’ bukan sahaja dalam negara malahan juga di luar negara. Ini adalah salah satu program yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada para ahli PERDASAMA. Ini kerana dengan adanya program yang sedemikian dapat meluaskan hubungan dalam jaringan perniagaan itu sendiri.

Apabila bercakap mengenai NGO, PERDASAMA antara NGO yang sentiasa aktif menggembleng tenaga dalam memastikan setiap usaha kerajaan untuk mamajukan masyakarat terutamanya dalam meningkatkan ekonomi masyarakat. Tidak kira di bandar mahupun luar bandar, kita sama-sama membentuk satu komuniti berwawasan untuk bergelar usahawan.

Antara pencapaian terbaru PERDASAMA juga adalah berjaya mengadakan satu MoU bersama persatuan usahawan di Turki, iaitu MUSIAD. Ini adalah satu kejayaan buat PERDASAMA dan sekaligus memberikan laluan yang besar kepada ahli PERDASAMA untuk mengembangkan perniagaan masing-masing ke luar negara. Sebenarnya sama ada ahli sedar ataupun tidak, untuk ke mana-mana dalam tujuan meluaskan jaringan pernigaan, pergi atas tiket persatuan adalah lebih mudah daripada pergi atas tiket persendirian ataupun individu.

Selain itu, Kongres Warisan dan Industri Kreatif Malaysia (KWIK 2018) yang telah berlangsung di Kompleks Kraf Malaysia juga menunjukkan PERDASAMA sebuah badan bukan kerajaan yang sama-sama menjunjung tanggungjawab dan amanah dalam memelihara keaslian dan keunggulan warisan asli negara tetap terpelihara dan disanjung tinggi. Kongres dan pameran yang berlangsung selama tiga hari itu memberi peluang kepada para ahli dan juga masyakarat luar sana menunjukkan kecaknaan mereka terhadap warisan asli negara. Pameran dan booth di buka untuk menjual pelbagai produk warisan negara dari segenap pelusuk negara.

Dengan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan menunjukkan PERDASAMA serius dalam setiap visi dan misi demi membantu masyarakat usahawan Melayu untuk memartabatkan perniagaan masing-masing.

Jadi dekatkan diri anda dengan kami, dan kami boleh membantu anda untuk terus maju dan berjaya.

Semoga PERDASAMA terus maju jaya dalam meneruskan khidmat dan baktinya kepada seluruh masyarakat pedagang di Malaysia.

Sekian, Wassalam

Tan Sri Matshah Safuan

Presiden PERDASAMA

Translate »