PROFIL KORPORAT

PERDASAMA singkatan kepada Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya “Malay Businessmen and Industrialists Association Of Malaysia”, telah ditubuhkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966 pada 9hb Disember 1998.

PERDASAMA mempunyai keahlian seramai 16,000 syarikat bumiputera dengan keahlian aktif seramai 6,950 di 16 buah cawangan di seluruh negara merupakan sebuah persatuan yang fokus terhadap hak dan kepentingan masyarakat pedagang dan pengusaha bumiputera.

PERDASAMA sentiasa aktif untuk menggembleng tenaga dan kepakaran di kalangan ahli-ahlinya untuk terlibat secara serius dalam semua usaha-usaha bagi memacu transformasi dan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara bagi merapatkan jurang yang wujud diantara bumiputera dan golongan lain.

Penggerak kejayaan PERDASAMA adalah diatas dedikasi dan keikhlasan para pemimpin PERDASAMA yang terdiri daripada usahawan-usahawan Melayu yang berjaya dalam industri masing-masing.

OBJEKTIF
  1. Berusaha meningkatkan taraf profesionalisme dan prestasi pedagang dan pengusaha Melayu serta mengenalpasti peluang-peluang yang baik dan bermutu dalam dan luar negara untuk dimanfaatkan oleh ahlinya.
  2. Berusaha mewujudkan dana kewangan untuk meningkatkan keupayaan pedagang dan pengusaha Melayu bersaing di dalam dan di luar negara
  3. Menentukan kawasan perniagaan dan perusahaan yang strategik bagi menyerlahkan kehadiran mereka di dalam perniagaan
  4. Mewujudkan iklim perniagaan dan perusahaan yang beretika, jujur, sihat serta berkualiti dengan memberikan perkhidmatan yang beramanah
  5. Mewujudkan rangkaian perhubungan di antara pedagang dan pengusaha Melayu di seluruh negara dan bertindak sebagai payung dan suara bagi ahli dalam menjaga dan mempertahankan kepentingan serta hak mereka
  6. Memastikan matlamat penubuhan “Masyarakat Pedagang dan Pengusaha Melayu” diteruskan melalui peningkatan semangat keusahawanan di kalangan ahli
  7. Mewujudkan satu pakatan strategik di antara pedagang dan pengusaha Melayu di seluruh dunia
 
ARAH TUJU
  1. Menentukan bahawa syarikat-syarikat Melayu mematuhi undang-undang di bawah Akta Syarikat 1965 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Menentukan bahawa syarikat-syarikat Melayu ditadbir dengan cekap mengikut penanda arus yang diamalkan dalam industri
  3. Membantu ahli-ahli PERDASAMA menjadi peserta aktif dalam perdagangan dan perindustrian
  4. Membantu mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dalam semua sektor dan menyalurkan peluang-peluang ini kepada ahli-ahli PERDASAMA
Translate »